Jenazah Abdul Hamid selamat dikebumi

Iklan
Jenazah bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini jam 5.50 petang Khamis.

PUTRAJAYA – Jenazah bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini jam 5.50 petang Khamis.

Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Musolla Taman Selatan Presint 20, Putrajaya, selepas waktu solat Asar dengan diimamkan Imam Masjid Mahmudiah Presint 18, Rafuwan Putra Affendi.

Iklan
Iklan

Bacaan talkin turut dibacakan dihadapan 200 hadirin termasuk ahli keluarga.

Terdahulu, jenazah dimandikan dan disolatkan di Musolla Taman Selatan.

Iklan

Antara yang hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan bekas Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail.

Turut kelihatan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Wahid Omar; bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin.

Iklan

Abdul Hamid,84, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di samping isterinya, Toh Puan Hamidah Choong Abdullah dan anak-anak pada Khamis.

Abdul Hamid dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mei 1990, Hakim Mahkamah Tinggi pada 1992, Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 September 2000 dan Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 Ogos 2003.

Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada Disember 2007 hingga Oktober 2008.