BAITULMAQDIS - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Israel menyuarakan kebimbangan tentang pelan penempatan haram Yahudi yang bakal menyaksikan peluasan pertama sempadan Baitulmaqdis ke Tebing Barat sejak 1967.
Rancangan tersebut diterbitkan pada awal Februari, namun hanya dilaporkan media Israel pada awal minggu lalu ketika rejim Tel Aviv meneruskan pelan jahat mahu mengilhak Tebing Barat.
Iklan
Iklan
Pembangunan lebih 2,000 unit rumah diumumkan Kementerian Pembinaan dan Perumahan Israel itu melibatkan projek pengembangan penempatan Geva Binyamin di timur laut Baitulmaqdis.
Kawasan yang akan dibangunkan itu terletak di Baitulmaqdis di sebelah tembok pemisah yang dibina Israel pada awal 2000-an manakala Geva Binyamin berada di Tebing Barat di seberang tembok dan kedua-duanya dipisahkan oleh sebuah jalan.
Dalam perkembangan lain, Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich berikrar mahu mengusir penduduk Palestin dari Tebing Barat di bawah langkah 'emigrasi'. - Agensi