Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid meninggal dunia

Iklan
Abdul Hamid meninggal dunia pada usia 84 tahun di HUKM, pada Khamis.

SHAH ALAM - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad meninggal dunia pada usia 84 tahun di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), pada Khamis.

Perkara tersebut disahkan oleh keluarga Allahyarham dan proses pengebumian dijangka selepas solat Asar.

Iklan
Iklan

Tun Abdul Hamid dikenali atas sumbangan beliau dalam sistem kehakiman negara dan peranannya dalam memperkukuh integriti serta tadbir urus badan kehakiman Malaysia sepanjang kerjayanya.

Allahyarham dilahirkan pada 18 April 1942 di Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Iklan

Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan kehakiman sebagai majistret di Kangar, Perlis dan Tapah, Perak, serta menyandang pelbagai jawatan penting termasuk Penolong Pengarah Biro Bantuan Guaman, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Ketua Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara.

Abdul Hamid dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mei 1990, Hakim Mahkamah Tinggi pada 1992, Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 September 2000 dan Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 Ogos 2003.

Iklan

Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada usia 65 tahun.