Kegiatan agama, pembinaan rumah ibadat wajib ikut peraturan - Anwar

Iklan
Anwar berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga kerja kementerian sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri dan Ihya' Ramadan di Auditorium Setia Perkasa, pada Khamis. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Semua kegiatan agama dan pembinaan rumah ibadat perlu mengikut peraturan yang sudah ditetapkan pihak berkuasa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kerajaan tidak pernah menghalang atau menyekat sebarang kegiatan keagamaan, namun ia perlu berpandukan Perlembagaan negara.

Iklan
Iklan

"Buatlah dakwah, tiada sekatan sama sekali. Tapi ikutlah peraturan. Itu sahaja yang kita minta. Saya harap perkara ini sepatutnya kita selesaikan dengan baik,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ihya’ Ramadan, di sini pada Khamis.

Iklan

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Pada 12 Februari, Perdana Menteri menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak berhak mengambil tindakan sendiri di luar kerangka undang-undang dalam isu berkaitan rumah ibadat. - Bernama

Iklan