KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan dengan luruan angin monsun dijangka memasuki rantau negara bermula 19 hingga 23 Februari ini.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan keadaan itu berpotensi mengakibatkan keadaan cuaca yang lebih lembap sekali gus membawa ribut petir berserta hujan lebat dalam jangka masa lebih panjang di Sabah dan Sarawak.