PDRM umum pertukaran 9 pegawai kanan, berkuat kuasa 16 Mac ini

Iklan
Sembilan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 16 Mac depan. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai sembilan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam pertukaran jawatan yang akan berkuat kuasa mulai 16 Mac.

Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Abdul Rahman Kassim berkata, pertukaran itu melibatkan beberapa jawatan strategik di peringkat Bukit Aman serta kontinjen negeri.

Iklan
Iklan

"Datuk Azman Abd Razak yang kini menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Bukit Aman dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman dengan memangku pangkat Komisioner Polis.

"Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof pula yang sebelum ini Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman dilantik sebagai Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, Hoo Chuan Huat yang kini Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis.

Dalam pada itu, Asisten Komisioner Polis Fauzi Mohd Yusof yang sebelum ini Penolong Pengarah (D3) Risikan/Operasi ATIPSOM, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dilantik sebagai Ketua Kawalan dan Perlindungan Sempadan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner Polis.

Iklan

Turut terlibat dalam pertukaran itu ialah Asisten Komisioner Polis Lee King Chuan yang kini Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak.

Selain itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Johor, Asisten Komisioner Polis Mohd Zairi Badderul @ Badrol; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Polis Zaihairul Idrus serta Ketua Penolong Pengarah (Risikan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Asisten Komisioner Polis Amran Md Jusin turut terlibat dalam pertukaran berkenaan.

Kesemua pegawai terbabit akan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner Polis.

Dalam perkembangan sama, Superintendan Chua Kok Lian yang sebelum ini Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Kuala Lumpur dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Hilir Perak dengan memangku pangkat Asisten Komisioner Polis.