Pelan jahat rampas Tebing Barat: Masa depan Palestin jadi taruhan

Iklan
Salah sebuah daripada ribuan struktur milik penduduk Palestin di Tebing Barat yang dirobohkan Israel.

WALAUPUN perhatian dunia kini tertumpu kepada perang ganas yang masih belum reda di Gaza, situasi di Tebing Barat juga sebenarnya penting kerana ia berpotensi menjejaskan masa depan konflik Palestin-Israel yang telah berlarutan selama beberapa dekad.

Tanpa berselindung, kerajaan ‘ekstremis’ Israel sedang membuat rancangan jahat untuk menghapuskan kewujudan penduduk Palestin dari Tebing Barat tanpa menghiraukan bantahan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat (AS).

Iklan
Iklan

Walaupun rejim Tel Aviv tidak mengumumkan pengilhakan secara sah (de jure) wilayah tersebut, ia sudah pun meletakkan asas undang-undang untuk melaksanakan pelan keji tersebut setelah ia melancarkan siri serbuan ganas bagi mengusir ribuan penduduk Palestin pada 2025.

Pada akhir minggu lalu, Kabinet keselamatan Israel membuat beberapa keputusan semberono untuk mengubah status quo di Tebing Barat yang secara tidak langsung melucutkan kuasa pentadbiran Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Iklan

Ia menandakan proses merampas wilayah tersebut secara rasmi yang bermula dengan kawasan tertentu yang jelas mengancam cita-cita Palestin untuk menubuhkan sebuah negara merdeka.

Rang undang-undang (RUU) yang diperkenalkan pada 2023 itu sedang menanti kelulusan Knesset (Parlimen). Setelah ia mendapat lampu hijau, kerajaan ‘ekstremis’ Israel dijangka mempunyai kuasa lebih meluas untuk melaksanakan undang-undang mereka di kawasan dikawal PA terutamanya berkaitan kawal selia permit bangunan.

Iklan

Serangan ganas pelampau Yahudi termasuk arson ke atas harta benda milik penduduk Palestin turut meningkat.

Kabinet keselamatan itu juga memutuskan untuk membenarkan penduduk Israel membeli hartanah di kawasan pentadbiran PA yang memberi bayangan tentang penubuhan penempatan haram Yahudi di pusat demografi Palestin.

Selepas lebih tiga dekad, Israel kini cuba melaksanakan undang-undang unilateral untuk menghakis kuasa PA di Kawasan A dan B yang dipegang mereka selama ini.

Pendatang haram Yahudi telah sekian lama merampas tanah milik penduduk Palestin melalui pelbagai taktik licik termasuk secara paksaan.

Sejak 1967, Israel melakukan rampasan tanah tersebut dengan alasan dijadikan sebagai ‘zon tentera’ sebelum kawasan berkenaan dibangunkan untuk projek penempatan haram.

Pelaksanaan undang-undang baharu yang ditentang komuniti antarabangsa ini bermakna pendatang Yahudi kini tidak perlu lagi merampas tanah Palestin secara tersembunyi seperti sebelum ini.

Keputusan disifatkan oleh majlis penempatan haram Yahudi kononnya sebagai ‘langkah paling penting sejak 1967’ itu juga bakal menjejaskan 13 tapak bersejarah Palestin di seluruh Tebing Barat.

Infografik

Kenapa Israel mahu kuasai Tebing Barat?

1. Kepentingan strategik

Tebing Barat terletak di tengah-tengah wilayah yang memisahkan Israel dengan Jordan dan Asia Barat secara umum. Kawasan tersebut mempunyai bukit-bukau yang memberikan kelebihan strategik kepada tentera Zionis dan kawalan keselamatan. Israel boleh memantau dan mengawal pergerakan, mengurangkan ancaman keselamatan dari Palestin dan negara jiran.

2. Tuntutan sejarah

Sesetengah pihak di Israel menuntut Tebing Barat atas alasan sejarah dan agama. Mereka melihat kawasan tersebut sebagai tanah kuno Israel, tempat lahirnya beberapa lokasi suci Yahudi.

3. Tempat tinggal pendatang Yahudi dan kawalan tanah

Sejak 1967, Israel telah mengambil langkah-langkah untuk memperluaskan penempatan Yahudi di Tebing Barat dengan membawa masuk golongan itu dari luar. Selain itu, ia juga menjalankan pembelian tanah melalui syarikat berdaftar dengan pemilikan tidak jelas untuk memindahkan tanah milik komuniti Palestin kepada penduduk Israel.

4. Melemahkan kuasa PA

Dengan menguasai Kawasan A dan B di Tebing Barat, Israel secara perlahan-lahan menghakis kuasa PA. Ia membuka jalan kepada Israel mengekalkan kawalan jangka panjang di seluruh wilayah tersebut.

5. Pengaruh ke atas rantau Asia Barat

Menguasai Tebing Barat memberi Israel kelebihan dalam politik serantau dan mempengaruhi masa depan jangka panjang konflik Palestin-Israel serta kestabilan di Asia Barat.