Seperti pertunjukan badut - Obama

Iklan
Klip janaan AI tersebut telah dipadamkan Rumah Putih susulan dikecam banyak pihak terutamanya anggota Demokrat. - Foto Agensi

WASHINGTON -"Wacana politik Amerika Syarikat (AS) sudah seperti pertunjukan badut'.

Kenyataan itu dibuat bekas Presiden kulit hitam pertama, Barack Obama sebagai respons pertama terhadap tindakan melampau penggantinya, Donald Trump yang mengejek beliau dan isterinya, Michelle sebagai monyet menerusi perkongsian di media sosial.

Iklan
Iklan

"Apa yang jelas, individu itu nampaknya sudah tiada rasa malu, sedangkan sepatutnya beliau faham betapa pentingnya adab, kesopanan dan penghormatan terhadap jawatan yang dipegang. Semua itu telah hilang," katanya ketika wawancara audio siar bersama pengulas politik sayap kiri, Brian Tyler Cohen pada Sabtu.

Tanpa menyebut nama Trump, Presiden ke-44 AS itu berkata, majoriti rakyat Amerika berpendapat tingkah laku tersebut amat membimbangkan.

Iklan

"Ia pastinya akan menjejaskan Republikan pada pilihan raya pertengahan penggal akan datang," ujarnya lagi.

Obama juga dengan tegas mengkritik tindakan kekerasan berlebihan yang dilakukan oleh ejen imigresen hingga meragut nyawa di Minnesota yang disamakan dengan kekejaman 'rejim diktator'.

Iklan

Klip janaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dikongsi Trump menerusi akaun Truth Social pada 5 Februari lalu turut menerima kecaman seluruh spektrum politik AS.

Video berdurasi kira-kira 60 saat itu juga mendedahkan konspirasi tentang kekalahan Trump kepada Joe Biden pada Pilihan Raya Presiden AS 2020. - Agensi