Himpunan #TangkapAzamBaki: Orang ramai mula penuhi sekitar Sogo

Iklan
Orang ramai dilaporkan mula memenuhi jalan sekitar Kompleks Sogo di ibu negara bagi menyertai Himpunan #TangkapAzamBaki yang dijadualkan berlangsung petang ini.

KUALA LUMPUR – Orang ramai dilaporkan mula memenuhi jalan sekitar Kompleks Sogo di ibu negara bagi menyertai Himpunan #TangkapAzamBaki yang dijadualkan berlangsung petang ini.

Berdasarkan pemerhatian di lokasi, suasana setakat ini terkawal dengan peserta mula berhimpun di laluan pejalan kaki dan kawasan berhampiran pusat beli-belah berkenaan.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau akan hadir bersama beberapa pemimpin lain yang sebelum ini menyatakan sokongan terhadap himpunan berkenaan.

Pihak polis turut berada di sekitar kawasan Sogo bagi memantau keadaan dan memastikan situasi kekal terkawal.

Iklan

Sementara itu, Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa) dan Wong Chen (Subang) sufha berada di lokasi manakala Rodziah Ismail (Ampang) dan Zahari Hassan (Wangsa Maju) masih belum kelihatan.

Bagaimanapun, setakat laporan ini ditulis, kehadiran Rafizi masih ditunggu.

Iklan

Himpunan #TangkapAzamBaki dianjurkan bagi menyatakan pendirian mendesak tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Pihak polis turut dilihat berada di sekitar kawasan bagi memantau keadaan dan memastikan situasi kekal terkawal.

Perkembangan lanjut mengenai ucapan pemimpin serta sebarang insiden akan dikemas kini dari masa ke masa.