Rafizi sahkan hadir Himpunan Tangkap Azam Baki di Sogo

Iklan
Hantaran dibuat Rafizi mengesahkan kehadirannya dalam himpunan pada Ahad.

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mengesahkan beliau bersama beberapa ahli Parlimen akan turun ke Himpunan Tangkap Azam Baki di pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur pada Ahad.

Rafizi memaklumkan, mereka yang mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki digantung tugas juga diberi ruang berucap kepada peserta yang hadir.

Iklan
Iklan

"Saya dan rakan-rakan #MP8 yang mendesak Azam Baki digantung akan hadir di demo #TangkapAzamBaki di Sogo hari ini (Ahad).

"Saya dimaklumkan penganjur bahawa tiga dari kami iaitu saya, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Wong Chen akan berucap," katanya dalam satu hantaran menerusi Threads.

Iklan

Pada Jumaat, lapan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menggantung tugas Azam Baki dan menyegerakan siasatan bebas serta telus ke atas beliau berkait dakwaan pemilikan saham.

Siasatan juga digesa dibuat berhubung dakwaan pimpinan suruhanjaya itu bersekongkol dengan ahli perniagaan untuk menyingkirkan pesaing korporat dan mengatur pengambilalihan syarikat.

Iklan

Menurut Rafizi lagi, Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan turut hadir dalam himpunan, bagaimanapun tidak cukup masa untuk berucap.

Beliau turut memaklumkan sesi ucapan mereka dijangka berlangsung antara jam 4 hingga 5 petang di kawasan pusat beli-belah terbabit.

Menerusi hantaran tersebut, bekas Menteri Ekonomi itu turut mengajak penyokong untuk hadir bagi memberi sokongan pada himpunan berkenaan.

Himpunan dan Lawan #TangkapAzamBaki dijadualkan akan berlangsung di hadapan pusat beli-belah itu pada jam 4 petang pada Ahad.

Pada 2022, perhimpunan #TangkapAzamBaki pernah berlangsung di sekitar ibu negara bagi mendesak Azam Baki meletak jawatan susulan pelbagai isu negatif yang dikaitkan terhadap beliau.