PASUKAN ragbi wanita 15 sebelah (15s) negara muncul juara edisi sulung Kejohanan Ragbi Wanita 15s Asia Tenggara (SEA Women’s XV) selepas membelasah Filipina 78-0 pada aksi terakhir liga sepusingan di Padang Astaka, di sini hari ini.
Kejayaan itu hadir selepas satu lagi pasukan, Singapura yang diikat 15-15 oleh anak buah Raimi Mohd Yusof pada aksi pembukaan kejohanan 8 Feb lepas hanya mampu menundukkan Filipina 51-0 pada Rabu.