Terengganu cari gol awal di Cheras

Iklan
Peluang Terengganu dan KL City untuk mara ke perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia masih terbuka. Foto Bernama

PEMANGKU ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tengku Hazman Raja Hassan mahu anak buahnya berusaha mendapatkan gol awal pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC), di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras petang esok.

Pengendali berusia 49 tahun itu berkata, pertemuan kedua pastinya lebih sukar kerana TFC gagal membawa sebarang bekalan ke tempat lawan apabila sekadar seri 1-1 pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) tempoh hari.

Iklan
Iklan

Justeru, beliau berkata, gol awal mampu memberi kelegaan dan suntikan semangat agar skuad Penyu meneruskan momentum positif hingga ke akhir minit perlawanan.

"Bermain pada sebelah petang di bawah cuaca panas, pemain juga perlu bijak mengawal tempo, bermain dengan penuh disiplin, ikut perancangan dan elak kesilapan mudah yang boleh mengakibatkan kita dihukum.

Iklan

"Paling penting fokus. Sebelum ini kita selalu mudah hilang bola dan tak bermain mengikut perancangan yang dibuat. Jadi, saya dah ingatkan pemain bahawa benda ini tak boleh berulang kerana kita hanya ada peluang 50-50 di KL nanti," katanya.

Tengku Hazman berkata, persiapan skuad Penyu sedikit terjejas apabila beberapa tonggak utama tidak dapat beraksi disebabkan masalah kecederaan dan penggantungan.

Iklan

Sehubungan itu, beliau terpaksa melakukan rombakan pada barisan kesebelasan utama bagi mengekang asakan skuad bimbingan Risto Vidakovic yang pastinya akan menurunkan pasukan terkuat bagi meraih tempat ke pusingan separuh akhir piala paling berprestij negara.

"Akhyar (Muhammad Akhyar Rashid) juga baru kembali menjalani latihan semalam selepas mengalami kecederaan buku lali pada perlawanan pertama tempoh hari.

"Jadi saya tak boleh tentukan lagi kesebelasan utama petang esok, yang pasti ada rombakan kerana dua tiga pemain utama tak dapat diturunkan," katanya sambil menambah akan mengekalkan Muhammad Rahadiazli Rahalim sebagai penjaga gol petang esok.-Bernama