SPRM diminta teliti semula dakwaan projek rundingan terus libat syarikat tempatan

Iklan
SPRM menafikan dakwaan siasatan dipengaruhi kepentingan peribadi. Gambar hiasan (Gambar kecil: Muhammad Fazreen Farhan)

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa membuka semula siasatan berhubung dakwaan penganugerahan projek pembekalan serta pemasangan kabel gentian optik bernilai lebih RM214 juta secara rundingan terus kepada sebuah syarikat tempatan.

Desakan itu dibuat wakil Pertubuhan Sukarelawan Warga Kota Kuala Lumpur, Muhammad Fazreen Farhan Rozlan yang tampil membuat laporan di ibu pejabat SPRM di sini pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, isu berkenaan bukan perkara baharu namun sehingga kini didakwa masih belum ada perkembangan siasatan yang jelas.

Beliau berkata, laporan tersebut dikemukakan bagi memastikan siasatan menyeluruh dapat dijalankan terhadap pihak yang dikaitkan dengan projek berkenaan.

Iklan

"Projek ini dipercayai diberikan melalui kaedah rundingan terus kepada sebuah syarikat tempatan.

"Perkara ini sudah lama dibangkitkan dan masih menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan pada Sabtu.

Iklan

Tambahnya, pihaknya percaya SPRM mempunyai keupayaan serta integriti untuk menyiasat sama ada wujud unsur salah guna kuasa, rasuah atau pakatan tertentu dalam pemberian projek tersebut.

"Siasatan telus penting bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan sehingga meraih keuntungan besar melalui kaedah yang meragukan.

"Laporan ini dibuat bagi memohon siasatan dijalankan secara telus dan menyeluruh supaya kebenaran dapat diketahui umum,” katanya.

Beliau turut berharap tindakan segera dapat diambil bagi mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap sistem penguatkuasaan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun 2023 mendakwa Telekom Malaysia Bhd (Telekom) pernah mengeluarkan surat untuk meminta kebenaran mengadakan rundingan terus dengan sebuah syarikat bagi pembekalan kabel fiber optik bernilai RM214.2 juta.

Surat berkenaan dikatakan dikeluarkan kepada Kementerian Kewangan pada 15 September 2003 yang ketika itu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah Tun Dr Mahathir Mohamad.