Krisis Bersatu kian meruncing

Iklan
Gambar desakan Muhyiddin untuk berundur yang dimuat naik dalam Facebook Bersatu.

SHAH ALAM - Krisis dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kian meruncing apabila akaun Facebook rasmi parti itu menukar gambar latar dengan paparan mendesak Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur.

Krisis dalaman parti itu memuncak apabila 17 ahli parti dipecat oleh Lembaga Disiplin melibatkan termasuk empat Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Iklan
Iklan

Berikut kronologi krisis dalaman Bersatu

Disember 2023: Timbul spekulasi bahawa Datuk Seri Hamzah Zainudin hampir disingkirkan susulan isu yang berbangkit dalam kalangan kepimpinan tertinggi.

Iklan

Februari 2024: Retreat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Gopeng. Satu keputusan dicapai iaitu memberi kepercayaan penuh kepada Presiden untuk mengatur formula menjelang pemilihan parti tahun 2024.

13 Julai 2024: Formula 'top 5'disebut pada Konvensyen Bersatu di Selayang iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan kekal sebagai Presiden, Hamzah sebagai Timbalan Presiden; tiga Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Datuk Seri Ronald Kiandee dan Datuk Dr Radzi Jidin. Datuk Seri Azmin Ali juga diumumkan sebagai Setiausaha Agung.

Iklan

30 November – 1 Dis 2024: Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2024. Presiden Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan dasar, akan memimpin Bersatu memasuki PRU16.

6 Mac 2025: Media melaporkan dua kem bersaing mahukan pemimpin masing-masing menerajui parti menjelang PRU16.

7 Julai 2025: Bersatu Bahagian Port Dickson mengusulkan peralihan kepimpinan parti menyaksikan Hamzah mengambil alih peranan sebagai Presiden menggantikan Muhyiddin.

6 September 2025: PAT Bersatu 2025- berlaku kekecohan ketika Muhyiddin menyampaikan ucapan dasar Presiden.

8 September 2025: Kira-kira 120 Ketua Bahagian Bersatu telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menggesa Muhyiddin berundur dan menyerahkan kepimpinan kepada Hamzah.

9 September 2025: kenyataan media Ketua Bahagian Pasir Salak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan beberapa ketua bahagian negeri yang berbeza-beza mengenai SD.

13 Oktober 2025: Lembaga Disiplin Bersatu memecat keahlian Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan serta menggantung keahlian selama satu penggal Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bersama empat pemimpin akar umbi.

18 November 2025: Bersatu memecat keahlian Ketua Bahagian, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali (Sepang) dan Mohd Shukor Mustaffa (Puchong),.

6 Januari 2026: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah dipecat daripada keahlian Bersatu.

9 Januari 2026: Lembaga Disiplin panggil Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen di Perak susulan desakan Muhyiddin berundur daripada jawatan Perak.

17 Januari 2026: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan berlaku pertemuan dengan pemimpin Pas dan Bersatu berhubung penyatuan orang Melayu menerusi kolaborasi agung.

31 Januari 2026: Kenyataan-kenyataan mendesak Lembaga Disiplin siasat Muhyiddin atas dakwaan berbohong; Tun Faisal menafikan tuduhan terhadap Presiden.

6 Februari 2026: Timbalan Pengerusi Bersatu Selangor, Rafiq Abdullah menggesa Hamzah Zainudin berundur daripada jawatan timbalan presiden atau dikenakan tindakan disiplin tegas kerana didakwa menjadi punca utama kemelut dalaman parti itu.

7 Februari 2026: Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker, mendedahkan bahawa sebuah pejabat dikenali sebagai 'White House' digunakan sebagai pusat usaha terancang bagi menjatuhkan Presiden SD.

8 Februari 2026: Hamzah dipanggil buat kali kedua oleh Lembaga Disiplin parti.

10 Februari 2026: Ronald gesa Muhyiddin berundur berikutan gagal menguruskan krisis dalaman parti dengan berkesan, sehingga dibiarkan berlarutan ke tahap yang hampir mustahil untuk dipulihkan.

12 Februari 2026: Lembaga Disiplin bersidang tanpa kehadiran Hamzah yang menemani dan membantu urusan pendaftaran universiti anak perempuannya di Australia.

13 Februari 2026: Seramai 16 ahli Bersatu mendesak Muhyiddin n segera meletak jawatan sebagai presiden parti.

14 Februari 2026: Hamzah bersama 16 ahli parti dipecat oleh Lembaga Disiplin.