Pertumbuhan ekonomi 6.3 peratus bukti kestabilan politik, tatakelola berkesan - Anwar

Iklan
Anwar ketika berucap dalam program DKKN dan SIKR di Dewan Seri Perdana, ILKKM Sultan Azlan Shah, Ipoh pada Sabtu.

IPOH – Kestabilan politik dan tatakelola kerajaan yang berintegriti berjaya memacu keyakinan pelabur sehingga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 6.3 peratus pada suku keempat 2025, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, angka rasmi yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu menunjukkan prestasi ekonomi negara jauh lebih baik daripada jangkaan, sekali gus mencerminkan keberkesanan dasar Kerajaan Madani.

Iklan
Iklan

"Dari segi angka pertumbuhan ekonomi, kita bersyukur. Negara aman, politik stabil dan ekonomi dipacu dengan baik hasil tatakelola yang baik.

"Apabila ekonomi meningkat, alhamdulillah, angka yang diterbitkan semalam (Jumaat) amat membanggakan, lebih baik daripada yang kita unjurkan. Pelaburan juga tertinggi dalam sejarah.

Iklan

"Walaupun kita masih berdepan beberapa cabaran, pendapatan rakyat meningkat manakala kadar pengangguran dan inflasi kekal rendah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) dan Jelajah Sejahtera Madani-Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah di sini pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama, Isteri pRedana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Anwar berkata, kekuatan ekonomi itu membolehkan kerajaan menyalurkan semula hasil negara terus kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif kebajikan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang melibatkan peruntukan kira-kira RM15 bilion setahun.

Selain itu, katanya, kerajaan turut memperuntukkan RM18 bilion bagi penambahbaikan elaun dan gaji penjawat awam yang sekian lama tidak disemak.

"Apabila kita bincang soal ekonomi, saya minta semua faham bahawa jika negara aman, ekonominya akan baik. Hentikan amalan mencuri harta rakyat, sakau atau rasuah.

"Malaysia mempunyai potensi ekonomi yang sangat baik. Di ASEAN, ringgit kita antara yang terbaik di Asia," katanya.