Dua rentung, kereta terbakar

Iklan
Pemandu dan penumpang kereta Proton Preve rentung selepas kemalangan dengan SUV Porsche Cayenne di Taman Tualang Indah, Mentakab. Foto JBPM PAHANG

KUANTAN - Pemandu dan penumpang ditemukan rentung selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah sebelum terbakar di Jalan Industri berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Tualang Indah, Mentakab pada Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa di dalam kereta jenis Proton Preve yang musnah terbakar terdiri seorang lelaki dan wanita.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penumpang SUV jenis Porsche Cayenne dilaporkan cedera manakala pemandu dipercayai selamat.

"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu jam 12.57 pagi sebelum sepasukan anggota bersama jentera ke lokasi.

Iklan

"Ketika tiba di lokasi mendapati, kemalangan berlaku membabitkan dua kenderaan, Proton Preve dan Porsche Cayenne," katanya.

Zulfadli berkata, Proton Preve musnah terbakar sepenuhnya mengakibatkan dua mangsa ditemukan rentung di dalam kenderaan tersebut.

Iklan

"Penumpang lelaki Porsche Cayenne cedera diberi rawatan awal oleh petugas kesihatan di lokasi," katanya.

Jelasnya, pasukan bomba melaksanakan operasi pemadaman ke atas kereta Proton Preve menggunakan aliran salur bantu mula daripada tangki jentera.

"Sebaik api berjaya dipadamkan sepenuhnya, anggota penyelamat menggunakan peralatan hidraulik bagi kerja-kerja pemotongan struktur kenderaan untuk mengeluarkan mayat mangsa," katanya.