KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga 7 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca itu dijangka melanda Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak, Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis) serta Selangor (Sabak Bernam).