Murad Zaidi dilepaskan tanpa dibebaskan selepas pengadu tarik kes

Iklan
Syed Mohammad Murad. Foto Instagram Murad Zaidi

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Shah Alam pada Khamis melepas tanpa membebaskan (DNAA) jurulatih transformasi berprestasi tinggi, Syed Mohammad Murad Syed Naseem yang lebih dikenali sebagai Murad"Baddestcoach” Zaidi, daripada pertuduhan berkaitan mencederakan stafnya tahun lepas.

Majistret Ameera Mastura Khamis membuat keputusan itu selepas pengadu, M Vijendrakumaraan, 47, memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia tidak mahu meneruskan kes terbabit.

Iklan
Iklan

Perkara berkenaan disahkan peguam, R Morhaneraj yang mewakili pengadu dan peguam, Aizzat Mustafa, mewakili Murad Zaidi.

Menurut kedua-dua peguam berkenaan, pengadu telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia telah menarik balik aduannya pada Ogos 2025.

Iklan

Murad Zaidi, 39, didakwa berhubung kejadian itu di Persiaran Seksyen U1, Shah Alam, kira-kira 8 pagi, 15 Jun 2025 mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada hukuman itu.

Sementara itu, Murad Zaidi dalam kenyataan berkata, susulan penarikan balik kes berkenaan, tindakan sivil akan difailkan terhadap pengadu atas alasan kerosakan reputasi yang serius terhadap kedudukan profesional dan perniagaannya. - Bernama

Iklan