PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dijadual akan menyerahkan surat tuntutan kepada agensi media Bloomberg esok.
Menurutnya, surat tersebut akan diserahkan melalui peguamnya sama ada melalui biro agensi itu di Malaysia atau di Amerika Syarikat (AS).
"Esok peguam saya akan menghantar surat tuntutan tersebut, saya benar-benar serius tentang perkara ini, mari kita berhadapan dengan mahkamah,” katanya ketika sidang media khas di ibu pejabat SPRM hari ini.
Azam turut menafikan dakwaan Bloomberg bahawa beliau enggan menjawab pertanyaan mengenai dakwaan pemilikan 17.7 juta saham Velocity Capital Partner Bhd, yang dianggarkan bernilai hampir RM800,000.
Beliau menegaskan pihaknya telah membalas soalan dari Bloomberg pada 14 Januari lalu.
“Mereka ada menghantar emel kepada saya, untuk beberapa pertanyaan, kemudian, saya telah membalas (emel tersebut), namun apabila mereka beranggapan bahawa kami tidak membalas, itu adalah sangat salah,” katanya. - Awani
AKAN MENYUSUL