Guna kereta sewa, sorok dalam baju terpakai taktik baharu seludup ganja

Iklan
Ishak (tengah) menunjukkan ganja mampat yang dirampas JKDM Kelantan semasa sidang akhbar di Cawangan Penguat kuasa JKDM Pengkalan Kubor, Tumpat pada Isnin. Foto Sinar Harian/Hazelen Liana Kamarudin

TUMPAT - Taktik baharu sindiket penyeludupan ketulan ganja mampat yang disorok dalam bungkusan pakaian terpakai dan menggunakan kereta sewa berjaya dipatahkan pihak berkuasa.

Modus operandi licik tersebut didedahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan selepas rampasan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang ditinggalkan berhampiran Zon Bebas Cukai Rantau Panjang pada 25 Januari lalu.

Iklan
Iklan

Menanggung Tugas Tugas (MTT) Pengarah JKDM negeri, Dr Ishak Ismail berkata, pihaknya menjalankan intipan selama tiga hari terhadap kenderaan berkenaan.

Ishak (tengah) menunjukkan ganja mampat yang dirampas JKDM Kelantan semasa sidang akhbar di Cawangan Penguat kuasa JKDM Pengkalan Kubor, Tumpat pada Isnin. Foto Sinar Harian/Hazelen Liana Kamarudin

Iklan

"Hasil siasatan awal mendapati, terdapat 58.865 kilogram (kg) ganja mampat yang disorok di dalam pakaian terpakai berkenaan yang diletakkan dalam bonet belakang bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Hasil pemeriksaan rapi dengan bantuan anjin pengesan dadah dari Unit Narkotik Cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang berjaya menemui ganja mampat bernilai RM182,481.50.

Iklan

"Dadah terbabit dipercayai akan dibawa ke pasaran luar Kelantan dan masuk ke negara ini melalui Sungai Golok," katanya semasa sidang akhbar di Cawangan Penguat kuasa JKDM Pengkalan Kubor di sini pada Isnin.

Ishak memberitahu, nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM215,481.50 termasuk nilai kenderaan.

Ujarnya, kes terbabit disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.