Selepas sedekad, peniaga Selatan Thailand mula terima RM

Iklan
Kamariah (kanan) sedang melayan pelanggan di gerai buahnya di Tak Bai, Narathiwat. Foto:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

NARATHIWAT - Pengukuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) memberi nafas baharu kepada aktiviti perniagaan di Selatan Thailand apabila peniaga di wilayah itu kembali menerima mata wang tersebut untuk urus niaga selepas lebih sedekad tidak digunakan secara meluas.

Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata peniaga tidak menolak urus niaga menggunakan ringgit apabila RM1 kini bersamaan antara 8 hingga 8.2 baht.

Iklan
Iklan

Seorang peniaga buah di Tak Bai, Kamariah Berahim, 60, memberitahu bahawa kenaikan semula nilai RM memberi keyakinan kepada peniaga untuk menerima mata wang tersebut, khususnya daripada pelanggan Malaysia.

“Kami jangkakan dengan kenaikan RM, rakyat Malaysia akan lebih berbelanja di sini. Ini kerana kami sememangnya mengharapkan mereka untuk melariskan jualan,” katanya.

Iklan

Pengunjung dari Malaysia mengambil kesempatan membeli-belah susulan pengekuhan nilai Ringgi yang makin baik. - Foto:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Menurut peniaga sayur, Saudah Zakaria, 53, peniaga di sini sangat mengharapkan kedatangan orang Malaysia.

Iklan

Ujarnya, kenaikan RM sedikit sebanyak diharap dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk datang membeli-belah di sini.

“Walaupun ketika ini pengunjung dari Malaysia menurun selepas penutupan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok.

“Namun, kami yakin kenaikan RM akan mendorong mereka untuk datang berbelanja di sini,” katanya.

Kenderaan Malaysia menunggu giliran untuk masuk ke Selatan Thailand melalui ICQS Rantau Panjang. Foto:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Sementara itu, Pengurus Summer Thon, Nuree Che Ha, 27, memberitahu bahawa 85 peratus pelanggannya adalah dari Malaysia.

Jelasnya, sebagai peniaga, kenaikan RM memberikan berita gembira kerana rakyat Malaysia akan lebih berbelanja dan dapat membantu meningkatkan ekonomi di sini.

“Setakat ini, sejak RM meningkat, jualan pada hujung minggu meningkat, malah ada dalam kalangan pelanggan dari Malaysia yang sanggup membuat tempahan awal,” katanya.