Tiga lelaki larikan peti besi mengandungi emas, wang tunai RM3 juta masih 'bebas'

Iklan
Polis masih menjejaki suspek yang dipercayai terlibat dalam kes rompakan peti besi bernilai hampir RM3 juta di sebuah rumah di Taman Hillview, Hulu Klang.

AMPANG JAYA – Polis masih menjejaki suspek yang dipercayai terlibat dalam kes rompakan peti besi bernilai hampir RM3 juta di sebuah rumah di Taman Hillview, Hulu Klang, yang berlaku pada 23 Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, siasatan menyeluruh masih dijalankan termasuk meneliti semua rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penelitian rakaman CCTV itu bagi membantu mengenal pasti individu yang terlibat dalam kes berkenaan.

"Kes masih dalam siasatan bagi mengenal pasti suspek dan semua CCTV di sekitar kediaman mangsa telah dibuat pemeriksaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan seorang usahawan mengalami kerugian hampir RM3 juta selepas tiga lelaki dipercayai memecah masuk rumahnya dan melarikan sebuah peti besi seberat hampir 100 kilogram mengandungi emas serta wang tunai.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa, bersama isterinya pulang ke kampung di Kelantan.

Iklan

Rompakan itu hanya disedari kira-kira tiga hari kemudian selepas seorang pekerja mangsa datang ke rumah berkenaan bagi mengecas bateri kenderaan elektrik miliknya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairul Anuar berkata, sebelum ini polis telah menahan enam individu termasuk seorang wanita warga asing bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, katanya, hasil siasatan mendapati kesemua individu berkenaan tidak terlibat dalam kes pecah rumah tersebut.