Warna Rasa Ramadan taruhan Royale Chulan The Curve untuk berbuka puasa

Iklan
NASI beriani kambing antara hidangan yang menanti para pengunjung.

SEMPENA kedatangan bulan puasa, Royale Chulan The Curve memperkenalkan bufet bertemakan Warna Rasa Ramadan yang menampilkan lebih 150 hidangan berinspirasikan kulinari Malaysia dan Nusantara.

Turut disajikan ialah pelbagai juadah istimewa seperti Apam Balik Seri Menanti, Ikan Patin Tempoyak serta aneka pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut.

Iklan
Iklan

Menurut Pengurus Hotel Royale Chulan The Curve, Abdillah Adnan, Ramadan merupakan bulan yang menyatukan keluarga dan komuniti.

"Jadi pihak hotel komited menyajikan hidangan autentik serta layanan baik bagi mencipta pengalaman berbuka puasa yang bermakna.

Iklan

"Suasana berbuka turut dimeriahkan dengan alunan muzik secara langsung oleh Lala Story Band, sekali gus mewujudkan suasana santai dan eksklusif kepada para tetamu," katanya.

Bufet Warna Rasa Ramadan ditawarkan setiap hari sepanjang Ramadan dengan harga bermula RM89 nett menerusi tawaran early bird sehingga 15 Februari 2026.

Iklan

Pakej korporat dan pilihan staycation turut disediakan bagi memenuhi keperluan pelanggan berkumpulan.