Akmal Saleh jelaskan status peletakan jawatan Exco
Iklan
Dr Muhamad Akmal Saleh
SHAH ALAM - Status peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka masih belum dimuktamadkan.
Ini kerana Dr Muhamad Akmal berkata, belum ada keputusan rasmi daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, surat peletakan jawatan itu telah dihantar kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada 19 Januari lalu, namun ketika itu Yang di-Pertua Negeri sedang bercuti.
Jelasnya, selepas Yang di-Pertua Negeri kembali daripada cuti, Ab Rauf Yusoh pula berada di China dan Jepun bagi lawatan kerja, menyebabkan tiada perbincangan rasmi dapat diadakan antara kedua-dua pihak berkenaan.
Iklan
“Jawatan Exco ini dilantik Tuan Yang Terutama mengikut Perlembagaan Negeri. Maka keputusan mesti dibincangkan secara rasmi.
"Selagi belum dibincangkan, memang belum ada keputusan,” ujarnya menerusi satu video dikongsi di Facebook pada Khamis.
Iklan
Beliau turut menjelaskan bahawa kenyataan Ketua Menteri Melaka sebelum ini yang menyebut tiada keputusan dibuat adalah tepat memandangkan proses rasmi belum berlangsung.
Sehubungan itu, Dr Muhamad Akmal memaklumkan perbincangan dijangka diadakan dalam minggu ini dan keputusan akan diumumkan selepas itu.
“Saya bukan jenis bercakap kosong. Kalau saya nak letak jawatan, saya letak jawatan. Pejabat Exco saya juga sudah dikosongkan,” ujarnya lagi.
Beliau berkata, tindakan itu diambil sebagai tanda menghormati institusi dan proses perlembagaan negeri, sementara menunggu keputusan rasmi daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka.
“Saya harap surat peletakan jawatan ini diterima secara rasmi supaya perkara ini menjadi rasmi,” tambahnya.
Sementara itu, Ketua Menteri Melaka pada Rabu berkata, Dr Muhamad Akmal masih menjalankan tugas sebagai Exco Melaka seperti biasa.
“Walaupun surat peletakan jawatan telah dihantar, perkara itu masih dalam pertimbangan Dr Mohd Ali,” katanya lagi.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.