Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes kematian ibu tunggal

Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Azizee

BUTTERWORTH – Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang wanita yang ditemukan mati dipercayai dibunuh di kediamannya di tingkat satu Flat Sri Murni, Sungai Dua di sini, pada malam Rabu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, kedua-dua suspek ditahan beberapa jam selepas kejadian tersebut.

Iklan
Iklan

“Dua lelaki yang merupakan kenalan kepada mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Mereka akan dibawa ke Mahkamah Butterworth untuk mendapatkan perintah reman pada tengah hari ini,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Iklan

Pada Rabu, media melaporkan mangsa berusia 41 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil di sebuah bilik di rumah berkenaan dengan kesan kelar pada leher.

Difahamkan, kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis oleh jiran pada jam 1.40 tengah hari selepas mangsa yang juga seorang ibu tunggal tidak memberi sebarang maklum balas walaupun pintu rumahnya didapati terbuka, manakala pagar jeriji berkunci.

Iklan

Mangsa dikatakan mengambil upah menghantar beberapa pelajar yang tinggal di flat berkenaan ke sekolah dan menetap di rumah itu bersama anak lelakinya yang berusia 15 tahun.