Pelakon positif dadah: Polis lengkapkan kertas siasatan

Iklan
Shazeli Kahae

SHAH ALAM - Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes melibatkan seorang pelakon lelaki yang ditahan selepas dipercayai positif dadah baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahae berkata, pihaknya sedang menunggu beberapa arahan dari Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Iklan
Iklan

"Kertas siasatan bagi kes ini telah lengkap dan kita telah diminta untuk melengkapkan lagi siasatan dijalankan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Suspek juga sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Rabu.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan suspek berusia lingkungan 40-an direman tiga hari di Mahkamah Shah Alam selepas ditahan Rabu lalu.

Difahamkan suspek direman untuk siasatan di bawah Seksyen Akta 15(1)(a) Dadah Berbahaya 1952 berikutan keputusan ujian saringan air kencing yang didapati positif dadah.

Iklan