FIFA tidak rancang adakan undian kemasukan semula Rusia

Iklan
Presiden FIFA, Gianni Infantino sebelum ini mencadangkan larangan ke atas Rusia dikaji semula. Foto: Agensi

MAJLIS Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dilaporkan tidak merancang untuk mengadakan sebarang undian berhubung kemasukan semula kelab dan pasukan kebangsaan Rusia ke kejohanan antarabangsa, walaupun Presiden FIFA Gianni Infantino mencadangkan larangan itu dikaji semula, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik The Times.

Menurut laporan itu, sebarang perbincangan mengenai penarikan balik sekatan dijangka menimbulkan tentangan sengit daripada beberapa negara Eropah.

Iklan
Iklan

Justeru, FIFA memilih untuk tidak mengadakan undian, langkah yang menimbulkan persoalan mengenai sikap ‘double standard’ badan induk bola sepak dunia itu dalam pengurusan isu penyertaan Rusia.

Sebelum ini, Infantino berkata FIFA wajar mempertimbangkan semula larangan terhadap pasukan kebangsaan dan kelab Rusia daripada menyertai pertandingan antarabangsa.

Iklan

Namun, Persatuan Bolasepak Ukraine (UAF) menggesa FIFA dan presidennya supaya mengekalkan pendirian sedia ada.

Langkah penggantungan ini bermula pada Februari 2022, apabila FIFA dan Kesatuan Persatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menggantung penyertaan pasukan kebangsaan dan kelab Rusia sehingga notis selanjutnya susulan konflik di Ukraine.

Iklan

Langkah FIFA kini menimbulkan tanda tanya mengenai konsistensi organisasi itu dalam isu geopolitik dan penyertaan pasukan di pentas antarabangsa.

FIFA sebelum ini membenarkan pasukan seperti Israel terus bertanding di peringkat antarabangsa walaupun menghadapi desakan dan kritikan hebat berhubung konflik dan tuduhan pelanggaran hak asasi terhadap rakyat Palestin di Gaza.