Presiden Pas tiba di permukiman tahunan parti di Bangi

Iklan
Abdul Hadi tiba di Hotel Tenera kira-kira jam 9.40 pagi pada Ahad dengan menggunakan kerusi roda dibantu oleh pegawainya.

BANGI - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tiba di Hotel Tenera kira-kira jam 9.40 pagi pada Ahad dengan menggunakan kerusi roda dibantu oleh pegawainya bagi menghadiri permukiman tahunan Pas Pusat yang kini memasuki hari ketiga.

Pada kebiasaannya program tahunan berkenaan diadakan bagi memperkemaskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), gerak kerja dan operasi parti.

Iklan
Iklan

Walaupun biasanya bersifat rutin, tumpuan kali ini dijangka membincangkan hala tuju kerjasama dengan rakan komponen serta persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Permukiman diadakan dalam suasana keselamatan yang ketat, di mana perwakilan dilaporkan perlu meletakkan telefon bimbit di meja pendaftaran, manakala media dilarang berada berhampiran dewan.

Iklan

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, enggan mengulas butiran mesyuarat apabila dihubungi pemberita.

 

Iklan