Demi nak jadi doktor, lelaki sanggup potong kaki

Iklan
Suraj Bhaskar potong kaki sendiri bagi melayakkan diri ke MBBS menerusi kuota OKU.

NEW DELHI – Seorang lelaki warga India yang merupakan calon peserta Ujian Kemasukan Nasional (NEET) didakwa memotong sebahagian kakinya bagi melayakkan diri memohon kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) menerusi kuota Orang Kurang Upaya (OKU).

Lelaki berusia 24 tahun dikenal pasti sebagai Suraj Bhaskar, berasal dari Jaunpur, Uttar Pradesh itu bertindak sedemikian selepas gagal dalam peperiksaan untuk masuk ke sekolah perubatan sebanyak dua kali.

Iklan
Iklan

Menurut laporan Gulf News, kejadian tersebut pada awalnya dilaporkan sebagai satu kes serangan jenayah.

Bagaimanapun, siasatan lanjut pihak berkuasa mendapati kecederaan berkenaan dipercayai dilakukan oleh mangsa sendiri.

Iklan

Ia didorong oleh persaingan sengit untuk mendapatkan tempat dalam pengajian perubatan di India.

Tindakan pemuda itu terbongkar selepas abangnya, Akash Bhaskar memaklumkan polis bahawa penyerang yang tidak dikenali telah menyerang adiknya di kampung Khalilpur, menyebabkan dia tidak sedarkan diri dengan kaki yang terputus.

Iklan

Dalam pada itu, polis menemui diari milik Suraj yang di dalamnya dia menulis, ‘Saya akan menjadi doktor MBBS pada tahun 2026’ dan mendapatkan kenyataan daripada teman wanitanya tentang obsesinya untuk memasuki sekolah perubatan.

Mereka juga mengetahui bahawa dia telah cuba mendapatkan dokumen berkaitan kecacatan beberapa bulan sebelumnya, tetapi gagal.

Menurut laporan perubatan, kaki Suraj telah dipotong dengan bersih, kemungkinan besar dengan mesin.

Luka itu terlalu bersih untuk disebabkan oleh serangan bilah yang ganas.

Picagari yang ditemui di sebuah padang berhampiran tempat Suraj ditemui juga menunjukkan bahawa dia telah menggunakan anestetik untuk mengebaskan kakinya sebelum melakukan pemotongan.- Agensi