Azzuddin tak arif statut FAM - Peguam sukan

Iklan
Laporan Sukan Sinar pada Jumaat.

SEORANG peguam sukan menegur kenyataan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Azzuddin Ahmad yang mempertikaikan keputusan badan induk itu mengekalkan Setiausaha Agung dan Bendahari bagi menguruskan pentadbiran selepas peletakan jawatan barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) secara kolektif.

Peguam sukan, Zhafri Aminurrashid berkata, tindakan tersebut selari dengan Artikel 38 Statut FAM yang memperuntukkan Setiausaha Agung perlu menguruskan pelaksanaan Kongres Luar Biasa sekiranya lebih 50 peratus jawatan Exco menjadi kosong.

Iklan
Iklan

Beliau turut menjelaskan Jawatankuasa Tatatertib FAM sebelum ini telah memutuskan Setiausaha Agung tidak bersalah dalam isu pendaftaran pemain warisan.

Mengulas kehadiran Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Zhafri menyifatkan pemantauan badan induk Asia itu sebagai amalan biasa yang bertujuan memberi bimbingan dan penambahbaikan tadbir urus, bukan satu bentuk hukuman.

Iklan

Susulan peletakan jawatan Exco, AFC menghantar pasukan khas diketuai Timbalan Setiausaha Agungnya, Vahid Kardany untuk menilai pentadbiran FAM sebelum laporan dibentangkan dalam Kongres FAM.

Pada Rabu, kesemua ahli Exco FAM bagi penggal 2025–2029 mengemukakan peletakan jawatan serta-merta secara kolektif dan sukarela, hanya 11 bulan selepas memegang jawatan.

Iklan

FAM kini akan ditadbir oleh pasukan pengurusan interim bagi mengendalikan operasi harian.

Pasukan itu terdiri daripada Noor Azman, Bendahari Datuk Ismail Karim serta dua lagi ketua jabatan yang akan berhubung dengan AFC dan FIFA.

Pun begitu, Azzuddin mempertikai kewajaran Noor Azman diberi amanah mengendalikan operasi harian FAM.

Azzuddin berhujah bahawa reputasi Noor Azman boleh dipertikaikan berdasarkan rekod kurang baik sebelum ini ketika menguruskan isu dokumentasi tujuh pemain warisan negara.