Masters Thailand: Hasrat Zii Jia ke separuh akhir tidak kesampaian, terpaksa tarik diri

Iklan
Zii Jia yang berdepan juara Masters Indonesia, Alwi Farhan bermula dengan langkah meyakinkan apabila mendominasi set pertama untuk menang mudah 21-10.

HASRAT pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Thailand tidak kesampaian apabila terpaksa menarik diri sebelum aksi set penentuan pada Jumaat.

Dalam pertembungan di Stadium Nimibutr, Zii Jia yang berdepan juara Masters Indonesia, Alwi Farhan bermula dengan langkah meyakinkan apabila mendominasi set pertama untuk menang mudah 21-10.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pemain berusia 27 tahun itu pada set kedua.

Ketika sedang ketinggalan 15-17, Zii Jia dilihat tergelincir sewaktu cuba menyelamatkan pukulan Alwi, sekali gus memaksanya mendapatkan rawatan perubatan.

Iklan

Biarpun cuba meneruskan perlawanan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu akhirnya terpaksa menarik diri selepas tewas 15-21 di set kedua sekali gus membatalkan hasrat untuk beraksi di set penentuan.

Kejohanan tersebut menjadi penampilan keempat berturut-turut Zii Jia pada tahun ini selepas selepas melalui musim 2025 yang suram akibat dibelenggu masalah kecederaan.

Iklan

Zii Jia terkandas pada pusingan pertama Terbuka Malaysia dan Terbuka India sebelum mempamerkan peningkatan prestasi dalam Masters Indonesia minggu lalu apabila berjaya mara ke pusingan kedua sebelum tewas.