MANILA - Sebelas lagi mayat ditemukan ketika penduduk tempatan menyertai usaha mencari penumpang yang hilang daripada sebuah feri yang karam di luar pantai wilayah Basilan di selatan Filipina, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Khamis.
Jumlah kematian akibat nahas M/V Trisha Kerstin 3 meningkat kepada 29 orang berikutan penemuan 11 mayat tersebut pada pagi Khamis, lapor media tempatan.
Feri berkenaan sedang dalam perjalanan ke Pulau Jolo di wilayah Sulu dari Bandar Zamboanga apabila ia karam sebelum jam 2 pagi waktu tempatan pada Isnin di luar Pulau Baluk-Baluk di Hadji Muhtamad, sebuah perbandaran di Laut Sulu. - Bernama
Iklan
Iklan