Isu viral anak OKU jalan seret lutut ke kantin sekolah, YDP tampil beri penjelasan

Iklan
Video tular yang dikongsikan di media sosial.

SHAH ALAM - Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah tampil memberi penjelasan berhubung video tular yang memaparkan seorang pelajar berjalan menggunakan lutut ke kantin bagi memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap situasi sebenar.

Jeehan Adam berkata, ini kerana ramai pihak salah faham dan menyalahkan guru serta sekolah berhubung perkara tersebut.

Iklan
Iklan

"Si anak sangat teruja bila ibu datang. Dari dalam kelas, terus keluar untuk tunjukkan kepada si ibu kantin sekolah dan kawan-kawan di situ, si ibu pula rakam dan viralkan seolah-olah anak diabaikan guru.

"Walker (alat bantuan berjalan) tidak digunakan di dalam kelas, anak tersebut baru sahaja bersekolah di situ. Untuk pengetahuan semua, sekolah tersebut adalah antara sekolah terbaik dalam mendidik murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)," jelasnya.

Iklan

Sebelum ini, tular video kelihatan seorang murid PPKI berada di kawasan kantin sekolah tanpa menggunakan alat bantuan berjalan sejak Rabu.

Rakaman tersebut menunjukkan murid berkenaan bergerak berjalan menggunakan lutut di kawasan koridor sekolah, sekali gus menimbulkan kebimbangan si ibu yang menyaksikan sendiri situasi itu.

Iklan

Menerusi hantaran yang dimuat naik bersama video berkenaan, si ibu meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa anaknya berada di kantin tanpa pemantauan guru mahupun Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

Jeehan turut mengharapkan agar orang ramai faham dengan situasi sebenar dan berhenti mengecam pihak guru dan sekolah.

"Mohon hadam dan fahamkan. Guru-guru sangat menjaga murid. Disebabkan video pendek ini seluruh guru dan sekolah dipersalahkan.

"Guru bukan sahaja kena menjawab di hadapan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tetapi netizen tidak kurang memaki hamun.

"Tidak adil sekiranya netizen tidak siasat cerita sebenar," ujarnya.