KOTA BHARU - Seorang bekas pengarah eksekutif dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Khamis atas 13 pertuduhan menyalahgunakan harta syarikat bernilai RM485,500.
Zahri Ismail, 54, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.
Iklan
Iklan
Menurut pertuduhan, Zahri didakwa dengan curangnya menyalahgunakan harta milik syarikat semasa menjawat jawatan sebagai pengarah eksekutif.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Atirah Mohd Azuarizanuddin dan Alis Izzati Azurin Mohd Rusdi, manakala tertuduh diwakili peguam, Wan Muhammad Hafiz Wan Zawawi.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin warganegara, menyerahkan pasport dan dikehendaki melaporkan diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan setiap bulan.
Tertuduh juga dilarang mengganggu saksi sepanjang tempoh perbicaraan.
Kes disambung untuk sebutan semula pada 1 Mac 2026.