Kebakaran tanah gambut: Dua PPS ditutup, IPU menurun ke tahap normal
Iklan
Kawasan kebakaran tanah gambut di kawasan Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Kota Tinggi berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya.
KOTA TINGGI - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan seramai 157 penduduk terjejas akibat kebakaran tanah gambut di Taman Bayu Damai, Pengerang di sini sejak Jumaat lalu ditutup pada pagi Khamis.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Tinggi, Miswan Yunus, kesemua 51 keluarga yang berada di kedua-dua PPS berkenaan iaitu Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai dan SK Sungai Kapal sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Iklan
Iklan
"Kawasan kebakaran tanah gambut di kawasan Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya.
"Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan perumahan penduduk yang terjejas juga telah semakin menurun ke tahap normal.
Iklan
"Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Tinggi bersetuju dua PPS di Dewan Taman Bayu Damai dan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kapal ditutup pukul 10 pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Kawasan kebakaran tanah gambut di kawasan Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Kota Tinggi berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya.
Iklan
Tambah Miswan, Pejabat Daerah Kota Tinggi turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Johor, wakil rakyat, semua agensi peringkat negeri dan daerah serta semua pihak yang terlibat dengan pengurusan bencana itu .
"Pada Jumaat minggu lalu, penduduk di taman berkenaan dipindahkan ke dua PPS tersebut secara berperingkat-peringkat kerana kebakaran tersebut berpotensi menjejaskan kesihatan.
Kebakaran itu menjejaskan kehidupan harian penduduk apabila kepulan asap tebal menyelubungi kawasan perumahan sehingga menyebabkan kesukaran bernafas selain jarak penglihatan di sekitar kawasan perumahan berkenaan masih diliputi kepulan asap putih tebal dan bau asap yang kuat," ujarnya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.