Carrick perbetul kesilapan asas Amorim - Seedorf

Iklan
Carrick berjaya membawa kestabilan kepada skuad United. Foto: Agensi

LEGENDA AC Milan, Clarence Seedorf berpandangan Manchester United kini berada di landasan lebih tepat di bawah kendalian ketua jurulatih interim, Michael Carrick selepas berjaya memperbetulkan beberapa kesilapan asas yang berlaku semasa era Ruben Amorim.

Amorim dipecat awal bulan ini selepas keputusan seri 1-1 menentang Leeds United, sekali gus menamatkan tempoh 14 bulan beliau bersama kelab itu selepas mengambil alih jawatan daripada Erik ten Hag pada 2024.

Iklan
Iklan

Hubungannya dengan pengurusan Ineos dilaporkan semakin renggang sebelum pemecatan tersebut.

Kekosongan jawatan pengurus menyaksikan Darren Fletcher menggalas tugas sementara sebelum Carrick dilantik sebagai pengendali interim.

Iklan

Di bawah Carrick, United mempamerkan kebangkitan apabila mencatat kemenangan berturut-turut ke atas Manchester City dan Arsenal, masing-masing dengan keputusan 2-0 dan 3-2, sekali gus menghidupkan semula keyakinan penyokong.

Bercakap kepada Amazon Prime Video, Seedorf menyifatkan kegagalan memanfaatkan pemain terbaik sebagai kesilapan utama Amorim sepanjang tempohnya di Old Trafford.

Iklan

“Manchester United mempunyai pemain berkualiti tinggi. Perkara paling asas ialah memastikan pemain terbaik diturunkan. Itu yang kini diperbetulkan,” katanya.

Seedorf turut menegaskan kepentingan peranan Kobbie Mainoo yang kembali menjadi tonggak utama di bawah Carrick selepas tersisih ketika era Amorim.

Pemain berusia 20 tahun itu tampil penuh 90 minit dalam dua perlawanan berturut-turut, termasuk mencipta bantuan gol untuk jaringan kemenangan Matheus Cunha ketika menewaskan Arsenal.

Menurut Seedorf, United memerlukan pengurus yang memahami pemain serta mampu mewujudkan persekitaran positif agar bakat utama dapat berkembang secara optimum.