BLITAR - Akibat sering diherdik, seorang wanita tidak lagi mampu menahan sabar hingga bertindak membunuh ibu mentuanya.
Pelaku, NV, 21, melakukan perbuatan itu di rumah keluarga suaminya di Desa Gandekan, Kecamatan Wonodadi, Kabupaten Blitar, Jawa Timur di Indonesia pada Isnin lalu.
Iklan
Iklan
"Siasatan awal mendapati suspek berasa sakit hati kerana ibu mentuanya sentiasa memaki hamun tanpa sebab sejak berkahwin kira-kira dua tahun lalu," kata Kapolres Blitar Kota, AKBP Kalfaris Triwijaya Lalo.
Menurutnya, kejadian itu berlaku selepas NV bertengkar dengan ibu mentuanya, SP, 70, dan pelaku diusir dari rumah.
"Mangsa kemudiannya mengacungkan gergaji ke arah menantunya hingga menyebabkannya naik angin.
"Pelaku bertindak mencekik mangsa dan menekap mukanya dengan bantal serta mencapai gunting lalu menikam leher ibu mentuanya sebanyak tiga kali. Dia juga sempat menusuk perut mangsa sebanyak dua kali sebelum melarikan diri bersama anaknya," ujar Kalfaris lagi sambil menambah perbuatan itu dipercayai berlaku secara spontan.
Difahamkan, NV ditahan di wilayah Tulungagung ketika dia mahu pulang ke kampung halamannya di Tangerang. - Agensi