[VIDEO] Muhyiddin, Rayer bertikam lidah isu kemelut politik Perlis

Iklan

KUALA LUMPUR - Suasana Dewan Rakyat hari ini bertukar tegang susulan pertikaman lidah antara RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) berhubung kemelut politik terkini di Perlis.

Rayer ketika bangkit mencelah ketika sesi perbahasan Titah yang di-Pertuan Agong oleh Muhyiddin, membandingkan kestabilan politik negara dengan krisis yang berlaku di negeri utara itu.

Iklan
Iklan

"Dalam keadaan negara stabil sekarang kita dapat mengharungi apa-apa cabaran berbanding pergolakan politik di Perlis.

"Ini soalan logik saya nak tanya dalam keadaan politik kita yang stabil, kerajaan kukuh dan kuat berbanding negeri kecil seperti Perlis yang mana seorang menteri besar ditumbangkan disebabkan pergaduhan antara Bersatu dan Pas," kata Rayer.

Iklan

Muhyiddin yang ketika itu menyentuh mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat, bagaimanapun menolak isu itu dengan menyifatkannya tidak relevan dengan perbahasan yang sedang berlangsung.

"Tidak begitu relevan dengan apa yang sedang kita bincangkan," katanya meskipun Rayer terus mempertahankan pendiriannya.

Iklan

"Relevan, Pagoh! Relevan!" tegas Rayer.

Rayer dan Muhyiddin bertikam lidah isu kemelut politik Perlis.

Muhyiddin kemudian menuduh Rayer sengaja membangkitkan isu berkenaan dengan niat yang tidak baik dan hasad.

Katanya, sedangkan masalah yang berlaku di Perlis sudah diselesaikan dan dilaksanakan mengikut tanggungjawab Raja Perlis.

Suasana masih lagi tegang apabila Rayer mempersoalkan keupayaan Perikatan Nasional untuk mentadbir negara.

"Jika sebuah negeri kecil pun tidak mampu ditadbir, negara akan musnah jika Perikatan Nasional memerintah," katanya.

Muhyiddin membalas bahawa Perlis sebuah negeri berdaulat dan diselesaikan dengan bijaksana.