Ancaman perang AS-Iran kian hampir?

Iklan
Komuniti antarabangsa menanti dengan debar perkembangan situasi di Asia Barat.

WASHINGTON -"Sebuah lagi 'armada' lebih besar berbanding yang dikerahkan ke Venezuela sedang menuju ke Iran. Saya berharap Teheran akan segera mencapai perjanjian dengan Washington."

Retorik ugutan itu kembali dilontarkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ketika komuniti antarabangsa menanti dengan debar perkembangan situasi di Asia Barat.

Iklan
Iklan

Sejak tindakan kekerasan dilancarkan ke atas kumpulan penunjuk perasaan di Iran, pemimpin Republikan itu menjadikannya sebagai alasan untuk terus bermain tarik tali tentang rancangan mahu melancarkan kempen pencerobohan ke atas negara tersebut.

Segelintir pengkritik percaya AS sedang merancang operasi untuk menggempur Teheran setelah ia memulakan latihan ketenteraan berskala besar sejurus armada kapal perang tiba di perairan rantau itu.

Iklan

Pasukan Udara AS Wilayah Tengah (AFCENT) mengumumkan 'latihan kesiapsiagaan' itu kononnya bertujuan untuk mempamerkan keupayaan pergerakan pantas dan penyelenggaraan jet tempur.

"Ia sebagai pesediaan untuk memastikan unit udara sentiasa siap sedia hadapi sebarang kemungkinan," ujar Komander AFCENT, Leftenan Jeneral Derek France.

Iklan

Kebimbangan terhadap kemungkinan tercetusnya perang baharu semakin meningkat setelah AS turut mengerahkan tambahan jet pejuang F-15E Strike Eagle, bateri misil Patriot dan sistem pertahanan udara THAAD ke Asia Barat.

Sejak minggu lalu, Iran memberi respons tegas akan bertindak balas lebih agresif terhadap sebarang 'keputusan melulu' yang dibuat musuh bersama sekutunya. - Agensi