HONG KONG – Satu gempa bumi bermagnitud 6.0 menggegarkan Mindanao, Filipina pada jam 6.47 pagi (waktu tempatan), Rabu, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), lapor Xinhua.
Menurut laporan itu, pusat gempa yang terletak pada kedalaman 10 kilometer dikenal pasti berada pada koordinat latitud 6.46 darjah utara dan longitud 123.89 darjah timur.