Lesen mendulang emas bukan ‘tiket’ buat sesuka hati
Iklan
Pendulang mendulang emas di sungai di Jeli. Gambar kecil: Mohamed Fadzli
KOTA BHARU – Lesen mendulang emas yang dikeluarkan Kerajaan negeri Kelantan bukanlah ‘tiket’ untuk pendulang bebas bertindak sesuka hati, sebaliknya tertakluk kepada syarat ketat bagi melindungi alam sekitar.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata, lesen berkenaan adalah sebahagian daripada fasa percubaan kerajaan untuk memberi peluang kepada rakyat mendulang secara terkawal, sambil memastikan risiko terhadap sungai, tebing dan ekosistem diminimumkan.
Iklan
Iklan
“Pemegang lesen hanya dibenarkan menggali sehingga semeter dan mesti mengekalkan zon penampan di kiri serta kanan kawasan mendulang.
“Tanpa penampan, tebing boleh runtuh dan pencemaran sungai boleh berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, pada Rabu.
Iklan
Sebelum ini, Kerajaan Kelantan mewartakan lima kawasan mendulang emas iaitu di Sungai Tadoh dan Sungai Pergau di Jeli, Sungai Gentian di Kuala Krai, Sungai Galas di Gua Musang dan Sungai Bertam di Tanah Merah.
Mohamed Fadzli berkata, pengeluaran lesen itu melibatkan pelbagai jabatan teknikal termasuk Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Tanah serta Jabatan Perhutanan bagi memastikan keseimbangan antara peluang ekonomi pendulang serta kelestarian alam sekitar.
Iklan
Beliau menegaskan bahawa lesen dulang emas tidak memberi hak mutlak, sebaliknya menandakan komitmen pemegang lesen untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.
“Ini baru peringkat permulaan. Dalam tempoh setahun atau dua tahun, kami akan menilai apa-apa yang boleh dipermudahkan, diperbaiki dan yang perlu dikekalkan termasuk dari segi pemeliharaan alam sekitar,” katanya.
Setakat ini, lebih 300 permohonan lesen diterima dan diluluskan, dengan permohonan masih dibuka dari semasa ke semasa mengikut kawasan yang diwartakan.
Beliau menyeru pemegang lesen dan masyarakat setempat untuk memahami tujuan lesen tersebut dan bekerjasama dalam menjaga alam sekitar serta kepentingan negeri.
“Kerajaan beri peluang kepada rakyat dan bertanggungjawab untuk mematuhi peraturan dan menjaga alam sekitar.
“Mereka juga perlu guna laluan awam untuk ke kawasan dulang, manakala kebun dan tanah persendirian penduduk tidak boleh diceroboh,” katanya.
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.