Operasi Noda, polis cekup 26 individu

Iklan
Anggota polis membuat pemeriksaan di salah satu premis yang diserbu.

ISKANDAR PUTERI – Seramai 26 individu dicekup hasil serbuan ke premis hiburan dan pusat urut sekitar bandaraya ini menerusi Operasi Noda yang dilaksanakan dari awal pagi Ahad hingga petang Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, kesemua individu berkenana ditahan dalam serbuan yang dilakukan di lima premis hiburan dan tiga pusat di kawasan Bukit Indah, Mutiara Rini, Nusa Bestari dan di sekitar bandaraya ini.

Iklan
Iklan

"Hasil serbuan polis Iskandar Puteri bersama-sama Pasukan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor berjaya menahan 26 orang atas pelbagai kesalahan.

“Kesemua yang ditahan melibatkan enam lelaki dan seorang wanita warga tempatan, Myanmar (tiga lelaki, empat wanita), Vietnam (dua lelaki, dua wanita), Thailand (dua wanita) dan China (satu lelaki, lima wanita) berusia antara 21 hingga 58 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Antara yang ditahan polis pada serbuan berkenaan.

Tambah Kumarasan, hasil semakan mendapati lima individu yang ditahan mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah termasuk seorang daripadanya mempunyai rekod masih dikehendaki bersabit kes dadah.

Iklan

Katanya, hasil ujian saringan air kencing turut mendapati seorang suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Hasil serbuan itu, polis turut merampas tiga unit komputer riba, mixer (dua unit), DJ controller (tiga unit), lima unit mikrofon tanpa wayar, speaker (tiga unit), resit perniagaan (22 keping), satu unit tetikus serta speaker dan sekeping Malaysia National QR,

“Selain itu tiga helai kertas jadual kerja, pakej urutan (empat keping kertas pakej urutan dan harga), minyak urut (lapan botol), punch card (empat keping), tuala (sembilan), tisu (tiga peket) dan wang tunai berjumlah RM5,616.

“Kes disiasat bawah Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Johor, Seksyen (6)(1)(c) Akta Imigresen 1953/63, Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.,” katanya.