Isu sempadan: Sabar, rundingan masih berjalan

Iklan
Perubahan tersebut berkait dengan penyelesaian beberapa OBP atau isu sempadan yang sebelum ini belum dimuktamadkan antara Indonesia dan Malaysia. Foto Agensi

ISU melibatkan kawasan di sempadan Malaysia dan Indonesia wajar ditangani secara berhemah tanpa menimbulkan kebimbangan atau salah faham dalam kalangan mana-mana pihak.

Kerajaan menegaskan bahawa proses rundingan yang sedang berjalan mengambil kira keadaan sebenar di lapangan, khususnya melibatkan komuniti yang telah lama menetap dan menjalani kehidupan seharian di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, perbezaan antara garisan sempadan yang digariskan di peta dan situasi sebenar di lapangan memerlukan penelitian rapi.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia masih menjalankan rundingan dengan Indonesia berhubung isu pengukuran sempadan darat membabitkan tiga kampung di Kalimantan Utara, Indonesia.

Iklan

Beliau turut menolak dakwaan kononnya Malaysia telah menyerahkan tanah kepada republik itu.

Sempadan antara Indonesia dan Malaysia mengalami perubahan signifikan susulan penyelesaian isu sempadan tertunggak yang menyaksikan tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini secara rasmi berada dalam wilayah kedaulatan Malaysia.

Iklan

Justeru, pendekatan penyesuaian sempadan akan dilakukan bagi memastikan garis sempadan lebih fleksibel dan mengikut realiti penempatan sedia ada.

Pendekatan berkenaan dilihat sebagai langkah praktikal yang mengambil kira faktor kemanusiaan dan sosial, selain mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada serta semangat kerjasama antara negara jiran.

Sehubungan itu, rakyat disaran supaya bertenang dan memberi ruang kepada kerajaan serta jawatankuasa teknikal untuk menjalankan kajian secara menyeluruh.

Tindakan ini bagi membolehkan sebarang keputusan dimuktamadkan melalui persefahaman bersama antara kedua-dua negara.

Kesabaran dan kepercayaan terhadap proses rundingan berterusan itu penting bagi memastikan sebarang penyelesaian yang dicapai kelak mampu mengekalkan keharmonian hubungan dua hala dalam jangka panjang.