Sektor kreatif digital, animasi berimpak tinggi agenda baharu TVET - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid (tengah) menerima taklimat mengenai inisiatif baharu melibatkan sebuah projek nasional berkaitan TVET pada Isnin. Foto FB Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - Sektor kreatif digital dan animasi berimpak tinggi dikenal pasti sebagai fokus baharu dalam agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memacu pembangunan modal insan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sektor ini mampu melahirkan tenaga mahir, mencipta peluang pekerjaan bernilai tinggi serta mengangkat imej Malaysia di peringkat global.

Iklan
Iklan

"Hari ini saya menerima taklimat mengenai projek nasional baharu TVET yang dirangka khusus melalui pendekatan industri kreatif dan animasi berimpak tinggi.

"Pendekatan yang menghubungkan latihan, industri dan penciptaan harta intelek ini wajar diteroka secara serius dan berperingkat,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Iklan

Beliau berkata, agenda TVET akan terus diperkukuh agar kekal relevan dengan keperluan industri masa hadapan termasuk dalam sektor kreatif digital yang sedang berkembang pesat. - Bernama 

 

 

 

Iklan