Alex Honnold berjaya tawan bangunan Taipei 101 tanpa alat bantuan keselamatan

Iklan
Pendaki tebing Amerika Syarikat, Alex Honnold, mengangkat tangannya dari puncak bangunan Taipei 101 selepas berjaya memanjat bebas mercu tanda itu tanpa tali atau peralatan keselamatan di Taipei pada 25 Januari 2026.-AFP

TAIPEI - Pendaki tebing terkenal Amerika Syarikat, Alex Honnold, menamatkan pendakian tanpa tali di bangunan pencakar langit Taipei 101 hari ini, sekali lagi mempamerkan keberanian luar biasa yang sebelum ini menempatkannya dalam sejarah dengan pendakian El Capitan di Taman Negara Yosemite.

Honnold memulakan pendakian kira-kira 90 minit sebelumnya, menggunakan bongkah kecil berbentuk L di sudut bangunan sebagai tapak kaki, sambil memanjat sisi struktur hiasan yang menonjol, menarik dirinya ke atas dengan tangan kosong.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, bahagian paling mencabar ialah 64 tingkat tengah bangunan, dikenali sebagai 'kotak buluh', yang setiap segmen mengandungi lapan tingkat mendaki curam sebelum diikuti oleh balkoni untuk rehat pendek.

Aksi Honnold ketika memanjat bangunan Taipei 101 tanpa tali atau peralatan keselamatan di Taipei pada 25 Januari 2026.-AFP

Iklan

Sorakan dari orang ramai di peringkat jalan menyambut Honnold apabila dia mencapai puncak menara setinggi 508 meter, melambai dengan kedua tangan di udara.

Pendakian ini disiarkan secara langsung di Netflix dengan selaan sepuluh saat, selepas ia ditangguhkan 24 jam akibat hujan pada hari yang dijadualkan.

Iklan

Orang ramai memegang payung di bawah bangunan ikonik Taipei 101 bagi menyaksikan pendakian Honnold.-AFP

Walaupun bukan pendaki pertama menawan Taipei 101 – Alain Robert dari Perancis pernah memanjatnya pada 2004 – Honnold adalah yang pertama berjaya menakluki bangunan ini tanpa sebarang tali atau alat keselamatan.

Tindakan berisiko tinggi ini menarik perhatian ramai, menimbulkan perbincangan mengenai etika pendakian ekstrem secara siaran langsung, lebih-lebih lagi Honnold kini seorang suami dan bapa kepada dua anak perempuan.-Agensi