Trump dakwa guna senjata rahsia hingga berjaya tangkap Maduro

Iklan
Trump berkata peranti itu menyebabkan peralatan musuh tidak berfungsi ketika helikopter Amerika Syarikat mendarat di Caracas pada 3 Januari lalu. Foto Agensi

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa tentera negara itu menggunakan senjata rahsia dikenali sebagai 'discombobulator' dalam operasi ketenteraan di Caracas yang membawa kepada penangkapan Presiden Venezuela, Nicolás Maduro pada awal Januari lalu.

Menurut Trump, peranti berkenaan menyebabkan sistem pertahanan musuh gagal berfungsi sepenuhnya, termasuk roket buatan Rusia dan China yang tidak dapat dilancarkan walaupun telah diaktifkan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai senjata itu dengan alasan ia melibatkan maklumat sulit keselamatan negara.

“Peralatan mereka tidak berfungsi. Mereka tekan butang, tetapi tiada apa berlaku,” katanya dalam wawancara bersama New York Post baru-baru ini.

Iklan

Rumah Putih setakat ini belum mengesahkan secara rasmi kewujudan atau spesifikasi senjata tersebut.

Operasi yang dinamakan Operation Absolute Resolve itu disifatkan sebagai tindakan paling drastik dalam hubungan tegang antara Washington dan Caracas sejak lebih sedekad lalu.

Iklan

Amerika Syarikat sebelum ini menuduh pentadbiran Maduro terlibat dalam rasuah, pencabulan hak asasi manusia serta rangkaian pengedaran dadah antarabangsa.

Maduro kini ditahan di Amerika Syarikat untuk menghadapi pertuduhan berkaitan narco-keganasan dan telah mengaku tidak bersalah. - Agensi