Umur 14 tahun dah lumba haram

Iklan
Mohd Zamzuri mendekati salah seorang penunggang motosikal yang ditahan dalam operasi yang dijalankan.

KUALA LUMPUR – Golongan remaja berumur seawal 14 tahun antara yang dipercayai terlibat dalam kegiatan lumba haram menerusi operasi bersepadu yang dijalankan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), awal pagi Ahad.

Kegiatan berbahaya itu dikesan apabila laluan lebuh raya berkenaan didakwa dijadikan 'litar lumba' oleh kumpulan penunggang motosikal khususnya pada hujung minggu.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, hasil pemantauan mendapati kebanyakan penunggang motosikal yang terlibat terdiri daripada remaja dan anak muda berusia antara 16 hingga 19 tahun.

"Selain itu, siasatan turut mendapati terdapat penunggang berumur 14 dan 15 tahun yang disyaki terlibat dalam aktiviti lumba haram berkenaan.

Iklan

Laluan lurus di Lebuhraya DUKE sering dijadikan lokasi untuk menguji keupayaan motosikal dengan jarak perlumbaan dianggarkan sekitar 1.8 kilometer.

"Mereka dipercayai datang dari sekitar Lembah Klang termasuk Setapak, Gombak, Sentul, Kajang, Cheras serta kawasan sekitar Kuala Lumpur,” katanya ketika sidang akhbar di lokasi operasi pada Ahad.

Iklan

Katanya, aktiviti lumba haram itu dikenal pasti aktif sejak tahun lalu, khususnya pada malam Jumaat, Sabtu dan Ahad.

"Laluan lurus di Lebuhraya DUKE sering dijadikan lokasi untuk menguji keupayaan motosikal dengan jarak perlumbaan dianggarkan sekitar 1.8 kilometer.

"Kegiatan ini bermula dari kawasan operasi sehingga ke susur keluar Lebuhraya DUKE dan pihak polis turut mempunyai rakaman sebagai bahan bukti bagi kes-kes di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau berkata, JSPT Kuala Lumpur menegaskan bahawa Lebuhraya DUKE akan terus menjadi kawasan operasi utama dan tindakan tegas akan dilaksanakan secara berfasa bagi membanteras kegiatan samseng jalanan.

"Pendekatan penguatkuasaan berterusan akan dilakukan bagi memastikan aktiviti berbahaya ini dapat dibendung demi keselamatan pengguna jalan raya.

"Semua penunggang motosikal diingatkan mematuhi peraturan lalu lintas, tidak menunggang secara berbahaya serta sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain," katanya.

Tegasnya, ibu bapa dan ahli keluarga juga diminta supaya memantau pergerakan anak-anak khususnya golongan remaja agar tidak terlibat dalam aktiviti yang boleh membahayakan nyawa serta mengancam keselamatan awam.