Tang Jie-Ee Wei mara ke final Indonesia Masters

Iklan
Tang Jie-Ee Wei mara ke final Indonesia Masters.

BEREGU campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke final Indonesia Masters selepas menewaskan pasangan nombor dua dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin di Jakarta, hari ini.

Pasangan juara dunia itu mencatat kemenangan meyakinkan 21-17, 21-12 dalam tempoh 33 minit pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Istora Senayan.

Iklan
Iklan

Menanti pasangan nombor empat dunia itu di pentas final ialah pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir antara gandingan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu dan pasangan Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje.

Sementara itu, cabaran perseorangan wanita negara berakhir apabila K. Letshanaa tewas kepada wakil Thailand, Pitchamon Opatniputh 15-21, 17-21 pada peringkat separuh akhir. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan