Trump 'serang' NATO

Iklan
Hubungan Trump bersama NATO kian tegang sejak beliau mengancam mahu 'menakluk' Greenland.

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membangkitkan kemarahan sekutunya selepas mendakwa tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tidak berada di barisan hadapan sebenar di zon tempur utama semasa menyertai operasi di Afghanistan.

Trump dengan lantang mempersoalkan peranan sekutu NATO jika diperlukan Washington pada bila-bila masa termasuk untuk berperang.

Iklan
Iklan

Selama 20 tahun, negara anggota pakatan pertahanan itu telah berjuang bersama tentera AS di Kabul, namun pengorbanan tersebut terus dipandang remeh oleh Trump.

"Kami tidak meminta apa-apa atau memerlukan mereka," kata Presiden Republikan itu dengan angkuh menerusi wawancara bersama Fox News disiarkan pada Khamis lalu.

Iklan

Kenyataan provokasi terbaharu itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan sekutu AS yang menganggotai NATO.

Antara yang tampil membidas Trump ialah Perdana Menteri Britain, Keir Starmer yang bertindak mempertahankan peranan askar NATO pada masa itu.

Iklan

"Ramai juga tentera negara lain yang terkorban dan cedera. Kata-kata beliau sememangnya menyinggung perasaan banyak pihak terutamanya waris keluarga anggota yang gugur di medan perang," katanya. - Agensi