Terpedaya iklan TikTok, wang simpanan suri rumah lebih RM90,000 lesap

Iklan
Seorang suri rumah tidak lena tidur apabila wang simpanannya RM93,300 lesap akibat terpedaya dengan pelaburan tidak wujud. Gambar kecil: Raub

JOHOR BAHRU – Seorang suri rumah tidak lena tidur apabila wang simpanannya berjumlah RM93,300 lesap akibat terpedaya dengan pelaburan tidak wujud pada penghujung tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, wanita berkenaan dipercayai telah tertarik dengan iklan pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi hingga RM100,000 ketika melayari aplikasi TikTok pada jam 11 malam, 25 November 2025.

Iklan
Iklan

“Wanita berkenaan yang berminat telah menghantar mesej ke akaun TikTok terbabit dan berhubung melalui chatbox sebelum diminta untuk membuat pembayaran sebagai modal pelaburan.

“Mangsa kemudiannya telah membuat sebanyak 20 transaksi antara 25 Disember hingga 21 Januari 2026 melibatkan sejumlah RM93,0000 kepada beberapa akauan berbeza atas nama syarikat dan idividu.

Iklan

“Bagaimanapun, mangsa membuat laporan polis setelah menyedari dirinya ditipu kerana dia masih lagi diminta membuat bayaran tambahan bagi tujuan pengeluaran keuntungan yang telah dijanjikan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu Raub berkata, polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk semakan akaun bank yang terlibat, pengesanan pemilik akaun serta talian komunikasi yang digunakan oleh suspek.

Iklan

“Polis sedang menyiasat perkara ini dan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan luar biasa.

“Selain itu, orang diharap tidak membuat sebarang transaksi kewangan tanpa membuat semakan dengan pihak berkuasa atau institusi kewangan yang sah,” katanya.